kekasih

Thursday, April 12, 2012

#harini dan semalam

Assalammualaikum 

harini
aku tersentap . tersentap dengan tingkah da perilaku kau . tersentap jua dengan tindakkan kau . ini kah kau yang sebenar . tidak terlalu terkejut . cuma aku mengharap kau berubah . tapi masih tidak . 
aku tau kau menyayangi aku . tapi bukan ini jalan dan cara nya . aku perempuan yang luaran mungkin nampak sombong dan kasar . tapi dalaman aku sangat sensitif . air mata mudah mengalir tanpa sebab tanpa di sedari . 
kenapa kau sebegitu . harini juga masa silam aku kembali . untuk apa kau risau kan . hati aku cuma punya kau . jangan kau sangsi tentang masa silam aku . ia cuma kenangan ia cuma pengalaman .
aku cuma mahu bersahabat kerana berdosa memutuskan satu silaturahim .
jika di beri peluang . aku juga mahu berbaik dengan masa silam kau . banyak yang ingin aku perkata kan .
semoga satu hari nanti lembut hati dia untuk aku .
berubah la . bantu lah aku dan bimbing lah aku . aku perlukan kau . jangan di layan aku sebegini .
jangan diherdik aku sebegini 
ringkas sahaja . bilang pada aku jika kau tersedar aku bukan jodoh kau
bilang juga pada aku jika kau sudah berjumpa dengan yang terbaik
akan aku pergi jauh .
hati ini bukan untuk dipermainkan

 


Semalam 
kita berborak di talian berjam . 
aku diam terkedu mendengar luahan hati kau . seberapa penting aku dalam hidup kau .
sungguh aku terharu .
makan hati sakit hati terasa hati 
mainan perasaan yang selalu datang dalam hidup aku
dan aku lebih senang berdiam .
kau memaksa untuk aku luahkan . aku masih diam
rasa sakit rasa perit aku biasa simpan sendiri 
aku jatuh cinta pada kata-2 kau semalam 
kau buat aku tersenyum walaupun saat itu kau sedang memarahi aku
disitu sebenarnya buat aku nampak kau sayang aku 
maaf 
banyak perlu aku pelajari untuk kenali kau


harini dan semalam 
punya cerita yang berbeza 
harap esok punya cerita yang datang dengan harapan baru




Selamat Malam