kekasih

Monday, June 18, 2012

Terindu Terasa

Assalamualaikum

harini taktau kenapa rasa down gila . dari mula aku celik mata ni sampai aku tak boleh nak tidur . sejujurnya aku sangat bosan . seharian kat rumah . terasa macam nak bunuh diri pun ada jugak  . ohh im always forever alone :'(




kadang-kadang terasa mahu sangat kembali ke masa lepas . hidup tanpa fikir akan kerja kerja dan kerja . bangun pergi class . lepak dengan kawan-kawan . susah senang dengan kawan-kawan . sumpah aku rindu saat tu . kenapa aku rasa life aku sekarang tak happy eh . kawan-kawan kat sini semua nya busy . dengan kerja masing-masing . yesss aku faham sangat . aku pun busy . tapi ntahlah . aku teringin sangat nak kembali masa lepas . kalau bosan keluar lepak . zaman belajar memang seronok kan . sungguh aku rindu . aku rindu nak gelak dengan roomates aku rindu nak bertekak dengan ex classmate aku .


pernah sekali aku down gila kat bilik . tetiba datang gila roomate aku masuk bilik . semua pakai baju tidur . sorang pakai helmet sambil pegang botol . dua orang pegang gitar . nnyi untuk aku . baik-2 tak happy terus happy . then aku suruh dorang balik bilik masing-masing. dorang pergi then datang balik dengan lagu baru dengan lawak baru. tak putus-2 nak buat aku happy. sekarang ? kalau aku tak happy kalau aku tak sedih siapa nak happykan aku ? happy kan diri sendiri lah jawab nya kan. sedihnyaaa .
kalau tension sangat. kalau bosan sangat. kitaorang akan pergi pantai. tengok laut and memasing akan luahkan perasaan masing-masing. sungguh ia sangat menyedihkan dan mengharukan.


bukan aku tak happy duduk dengan family duduk dekat dengan kekasih hati . but macam ada something yang kurang dalam hidup aku ni . susah nak cakap . but  perlahan-perlahan dia cuba membunuh aku kat sini . seriously i need my past . pretty pleaseee .


di saat aku melakukan kesalahan yang terbesar dalam hidup aku . bukan aku tidak mendengar kata mereka . tetapi aku degil mendengar kata hati sendiri . dan akhirnya aku kecundang . mungkin mulanya bahagia . akhirnya aku sendiri rasa terseksa . tapi akhirnya walaupun mereka tau aku yang salah . mereka tetap berada di sisi aku menasihat dan terus menyokong aku . ini lah sahabat aku dunia akhirat .


ajar aku bagaimana untuk aku lupakan mereka disaat ini . 
ajar kan aku bagaimana belajar untuk tersenyum tanpa di bantu mereka ini . 
ajar kan aku juga bagaimana untuk berdikari tanpa mereka 
ajar aku bagaimana untuk mencari pganti seperti mereka ini 
yang kenal siapa aku yang sebenar
tolong 
adakah yang mampu ?
aku minta sangat tolong 






aku tahan air mata untuk terus mengalir 
tapi aku gagal 
ia tetap mahu mengalir 
ia mewakili bagaimana hati ini terguris 
apakah aku sudah tersilap langkah
mahu menyesal sudah terlambat
aku terima dengan redha 
ia pilihan hati 

kau mahu difahami
tapi kemahuan aku sukar untuk kau fahami
ia indah pada permulaan 
ia semakin perit untuk dihitung 
terguris dan terus terguris

buatlah aku bahagia 
sebagaimana kau mahu aku bahagia kan kau
aku lemah 
aku jatuh
semakin hari dengan kau

mohon aku terus diberi kesabaran 
untuk mencintai 
niat aku belum terlaksana 
aku masih merangkak mencari kebahagiaan 

pergi lah jauh 
mati kan hati ini
jika bukan ini kisah kita
aku bukan mahu sebegini jalan nya
cerita kita 
jauh beza 
seperti langit dan bumi
seringkali aku menafikan 

karma 
aku sakit dihentam kau 
terima kasih


Erin


Wednesday, June 13, 2012

Terjatuh cinta

nak terjatuh cinta .
omnomnomnom
boleh tak 
nak boyfriend yang tau main gitar 
tau nnyi camni .
pretty pleaseee .
ahhh berangan . 
haha .

Monday, June 4, 2012

kita tak sihat .

Hai

harini da dekat berapa hari ntah aku tak sihat . nak kata demam . takde lah panas badan ni . aku kalau demam . sure 24 jam baring je . ni masih mampu buat kerja . masih mampu berjalan . tapi badan sangat lemah dan lemah . mula-2 sakit tekak . okayy dalam hati . esok baik punya . esok bangun tidur . heyyy why sakit lagi tekak ni . *hentak kepala kat dinding . *okay aku tipu . hahaha .

esok da esok nya kepala pun pening . ni nak demam ni . tapi layankan je badan ni . dengan ada masalah dunia lagi . heyy dugaan memang suka datang dalam hidup aku . but im still strong . *konon .
suara da slow-2 takde . dan akhirnya takde . da lama rasa nya aku tak mengalami sakit tekak yang kronik camni . and ada haritu . aku batuk gila punya dasyat la . sampai aku muntah-2 . mula la terfkir dalam otak .
aku sakit apa ni ? sob sob sob . abis mengeluarkan isi dalam perut . aku masuk bilik smbil tersenyum . muka da merah padam . adik aku pun tanya : kau ni kenapa senyum ? sakit pun senyum . hehe . dalam hati . Ya Allah sakit nyaaa .





now still takde suara . kalau orang call . aku rasa malas gila nak angkat . bukan dia faham aku cakap apa . suara aku takde . haaaa haritu aku pergi domino . pergilah order kan . akak tu cakap dengan aku siap . huh ? huh ? huh ? akak ni kalau saya hempuk pakai buku order ni baru tau . saya ni dala takde suara . cuba fokus apa saya cakap . kata hati aku . hahaha .

bf aku pun even aku takde suara . nak juga ajak aku borak .

Me : awak , suara saya macam pondan tak ?
Him : tak lah . mana ada . siapa cakap ?
Me : saya lah . *dalam hati aku eleh nak jaga hati aku la tu . mmg cam pondan aku rasa ni . haha

*hello bang . RM20 je bang . *gaya bapuk kat kuantan . HAHAHA . 


harap batuk and rasa sakit tekak ni tak melarat lama sangat . Amin .



Saturday, June 2, 2012

yang tersimpan

Assalaimmualaikum <3

sesungguhnya aku bersyukur sangat Tuhan masih berikan ku kesempatan untuk bernafas dan bagi aku peluang demi peluang untuk aku memperbaiki diri. namun aku cuma manusia biasa yang punya perasaan . yang kadang kala semakin bosan ditimpa dugaan bertubi-tubi . jujur aku cakap . baru 6bulan tahun 2012 ini aku da cukup mengatakan tahun ni dugaan hidup aku sangat tidak mampu aku tempuhi. aku cuma berbekalkan kesabaran untuk meneruskan hidup ni.

aku tau orang diluar sana sibuk memperkatakan aku. bukan sahaja orang terdekat. malah yang jauh nun jauh disana juga  . aku tau mereka menindas aku. aku tau mereka memburukan aku. tetapi mereka tidak pernah memikirkan berada ditempat aku.. yang terpenting dalam hidup aku adalah orang yang aku sayang. dia segalanya bagi aku. yaa aku jatuh cinta. jatuh cinta pada sahabat baik aku sendiri. aku salah ke?

 maaf jika aku salah. tp aku tidak dapat menipu diri aku sendiri untuk jatuh cinta. meskipun dia datang sekejap atau sekadar singgah kedalam hati aku atau datangnya hanya Tuhan kirimkan untuk aku lebih belajar menghargai. aku terima semuanya. yang sakitkan aku . yang peritnya aku. bukan kau kan? maka berhentilah mengata aku. jika kali ini bukan jodoh . biarlah dia pergi . aku terima .

aku jarang bercerita masalah pada orang. dan orang yang aku akan berkongsi masalah ialah kawan baik aku nun jauh dikuala lumpur. dia lah ajar aku bersabar. syukur aku masih mampu tersenyum.
aku juga lebih banyak berdiam diri. dan kerana aku banyak berdiam diri. maka rancak kau semua menghentam aku. mengherdik aku. sudahlah. kau takde kt tempat aku. stop it. uruskan diri kau sendiri.

aku tau karma sedang menghentam aku. yes aku tau sangat. tp aku mohon. tolonglah cukup sampai sini kau uji aku. berat hati ini menanggung semuanya. tidak mampu rasanya aku pikul beban ni.
aku mahu membina hidup baru. aku mahu bahagia. aku mahu hidup dengan tenang. mohon sangat mohon.


kau mampu membaca dan kasihani aku. tapi kau tidak mampu rasa apa aku rasa.




maafkan aku jika aku pernah menyakitkan hati kalian.


Erins