kekasih

Thursday, March 28, 2013

Aku

aku sudah tau semua nya
aku sudah tau semua rahsia
subhanaAllah. kenapa terjadi pada aku?

aku hempas harta orang
selang 5 minit
aku rasa bersalah sangat
bodoh. itu yang aku rasa dalam diri aku

sudahlah tidak berharta
tidak punya rupa
tambah pula diperbodohkan

terima kasih atas perlakuan yang diberikan
aku nangis air mata darah sekalipun
ia tidak akan sama seperti

aku ingin belajar redha
aku ingin belajar menjadi dewasa
aku ingin belajar menjadi matang

masa tau buat kerja dia
aku tunggu kebahagian aku datang


maaf jika aku pernah menyakitkan hati orang lain
maaf maaf maaf
cukup lah semua karma ini
aku ingin bahagia.
tolong

Tuesday, March 26, 2013

sudah berubah

aku sudah pandai marah
aku sudah tidak pandai untuk bersabar
aku sudah tidak pandai berdiam diri ketika marah.
aku sudah berani melawan
aku sudah berani memukul
aku sudah berani mencabar

kenapa aku berubah?

bukan kah aku seorang perempuan yang sabar?
bukan kah dulu aku memilih untuk berdiam jika aku di marah?
siapa yang mengajar aku untuk berubah ni? siapa?
pelik. sungguh pelik.

tapi aku juga sudah berubah
aku lupa bagaimana untuk curang
aku lupa bagaimana untuk melayan lelaki lain selain kekasih aku
aku lupa bagaimana untuk mendua kan
aku lupa bagaimana untuk membalas kiriman ringkas lelaki lain selain kekasih aku
aku lupa segala nya
kagum aku pada diri sendiri
beruntung kan dapat aku?
aku je rasa beruntung. yang lain biasa sahaja


aku mahu menjadi aku yang lama
tetap bersabar biarpun di herdik biarpun dicaci biarpun dimaki
aku mahu tetap tersenyum biarpun hati aku berdarah
bagaimana semua itu akan kembali
aku dah cari. tapi tak jumpa

tolong aku.

aku

aku bukan perempuan yang meminta di taja
aku bukan perempuan yang minta di beli itu ini
aku juga bukan perempuan yang kau harus menjemput menaiki lambogini honda toyota
itu semua bukan aku.

aku cuma mahu kan kau penting kan aku dari segala nya
aku cuma mahu kau hargai aku
tidak banyak sikit cukup
jangan abai kan
aku manja aku perlu kan kau terus melayan aku

aku mungkin keras kepala
aku mungkin ego
tp pujuk lah aku
aku mudah lembut
tapi tiada.
hari demi hari aku tunggu
tiada
kasihan aku

kalau mahu pergi. pergi lah
aku cuma mahu pinjam kenangan dari kau

aku rindu cincin aku
:(

Ring

i miss my ring

:(

Jaga dia. Tolong

jaga kan dia seperti aku pernah jaga.
ahh aku akan rindu
aku kan kehilangan

jangan disakiti hati dia
jangan menjadi minyak tanah
jangan menjadi api
tetapi jadi lah semanis dan selembut Tuhan kurnia kan bagaimana sifatnya perempuan

aku akan simpan kenangan
aku akan simpan hati yang kau curi tidak dipulangkan
aku akan simpan raut wajah kau jauh di tempat paling dalam
untuk aku terus mencintai dari jauh

wahai kekasih dan kawan baik

jaga diri
jaga hati
aku akan selalu jadi kawan baik kau

di mana aku mahu cari penganti.
di mana aku mahu cari bakal suami
haih. malas sungguh aku mahu bercinta
tetutup nya hati aku buat yang lain

aku sayang kau cinta.
ada jodoh kau pasti akan untuk aku
tiada jodoh.
aku doa dari jauh.

subhanallah aku terasa mahu pergi jauh.