kekasih

Saturday, May 25, 2013

Terpaksa

aku terpaksa 'menghalang'
bukan kerana benci
tapi kerana aku lemah melihat kau
aku tak kuat
aku ingin belajar melupakan
meski sukar
aku cuba

Tuhan
Jangan tinggal kan aku seorang
Teman aku
Aku tidak punya siapa
cuma Kau


Erin

Friday, May 24, 2013

Salahkah aku ?

Aku pergi bukan kerana aku sudah berhenti mencintai.
aku pergi juga bukan bererti aku benci.
aku pergi kerana sudah sampai masa nya
jauh di lubuk hati aku rasa kehilangan

setiap apa aku mahu kan
aku di persalah
salah kah aku menharap aku di penting kan?
salah kah aku mengharap kau sedar wujud aku dalam dunia kau?
kata kau aku tidak memahami
tepat padu alasan kau bagi pada aku
jadi siapa mahu faham aku?

mana kau time aku meniti hari malam tanpa orang yang aku kasihi?
mana kau time aku perlu teman bicara?
mana kau time aku ingin berkongsi rasa?
mana ? mana ?
*menangis

semua salahkah aku.
karma hentam aku bertubi tubi.
dosa apa aku di masa lampau?
lemah. sungguh aku lemah.
aku simpan semua dari lubuk hati paling dalam

Mungkin ini takdir. Mungkin sampai di sini
aku mahu pergi jauh
ubat hati
buang semua rasa ini

kalau rindu.
pandang bintang paling terang
dan percaya lah
aku pun rindu kan kau

jaga diri
jaga diri
jaga diri
tiada perempuan yang akan membebel risau kan kau
tiada lagi perempuan yang kurang rupa ini untuk nasihat kan kau
tiada jugak perempuan yang serba kekurangan ini dalam hidup kau

aku mahu pujuk hati
lama dia merajuk


Tuhan,
pelihara lah aku dari kekecewaan ini



Erin

Tersimpan #01



#bila setiap impian kau ada terselit dia untuk kau capai impian tu. bila dia takde. kau rasa sebak. dan berfikir impian itu sia sia

#bila kau meninggalkan. tapi kau yang sukar melupakan

#bila kau mahu uji. tapi dia pergi tanpa kembali

#bila kau pura-pura senyum dan kau kata kau OK. Tapi hakikat nya kau menangis dalam diam

#bila kau nak bahagia kan orang yang kau sayang. tapi kau tak bahagia

#bila kau ada kawan. tapi tak dapat membantu. apa kau rasa?

#bila kau terasa karma hentam kau dan takde akhirnya.

#bila kau rasa rindu. tapi tak mampu untuk luahkan.

Monday, May 6, 2013

Lubuk hati

marah?
tidak

benci?
tidak

kecewa?
Ya


bukan niat aku untuk mengecewakan kau
bukan juga niat aku untuk mencipta jarak
tapi aku sekadar ingin tau
tapi aku dituduh.
bukan sekali. tapi berkali. dan berulang kali
dan kali ini aku terlalu kecewa

aku pergi bukan kerana marah bukan juga kerana benci
aku pergi kerana aku tau. kau mampu tanpa aku
jauh di sudut hati aku rindu
sumpah. sungguh aku rindu

akan aku rindu senyum manis kau
akan aku rindu nyanyian bersama kau
akan aku rindu bebelan kau
akan aku rindu gelak tawa kau
akan aku rindu cara memuji kau

sedikit pun tidak aku benci kau
mungkin kita punya kimia yang sama
dan mungkin kita lupa
kita kadang kala tiada persefahaman

aku mungkin keras hati keras kepala
tapi aku rasa kau tau aku terlalu manja
jangan di abai kan aku
jangan di lupa kan aku biarpun sesaat

cari la kebahagian yang kau mahukan
cari la seseorang yang jauh lebih sempurna
aku pergi undur diri
meski pun sakit
aku terpaksa. hati ini sudah terlalu lama kecewa

jaga diri
aku doa dr jauh
aku lihat dari jauh
walaupun bukan aku di sisi kau
aku bersyukur kenal kau

aku pinjam raut wajah kau
aku pinjam kenangan kita




Erin