kekasih

Tuesday, June 11, 2013

Sekadar cerita

Harini dekat office ada 4 orang je.

Yang lain ada yang cuti. ada yang outstation. so tinggal lah 3 perempuan sorang laki.
aku tengah leka buat keje. aku terdengar la dorang borak.

Akak 1 : Da lama tak Nampak min main msg *min tu lelaki okay
Akak 2 : Aah. kenapa ek?
Min      : da putus. hihi
Akak 1 : laaa yeke. da tu skrg?
Min      : takpe. yang janda ada lagi
Aku      : hahahahahaha. ketawa dalam hati
Akak 2 : kau kawan dengan janda . kau kena tgk masa silam dia. kau jangan bla bla bla bla
Akak 1 : Aahhh. kena tau dia jenis cmne
Min      : alaaaa sebat ah memana. hahaha

act aku dengan min da dekat sebulan lebih tak tegur. ada la haritu dia marah aku pasal aku bebel time nak makan. aku ni Nampak je kerek, sombong, bongkak. hahaha. tp hati aku sensitive uolss. hihi
kena marah sikit nak sentap. haha aku benci perangai aku camni.
bila ada kerja aku berkaitan dengan min ni. aku akan bgtau sorang akak ni untuk bgtau dekat min. means akak tu jadi orang tengah. hahaha sampai gitu sekali sentap aku.
haritu aku malas nk mintak akak ni jd orang tengah.

so aku tertegur dia, " min, bulan ni punya keje mana? erin nak buat graph da ni " sekali dengar suara sumbang dekat belakang nnyi.

" akhir nyaaaaa. kini pasti " .

hahaha Sahril officemates aku mengajing aku. hahaha. aku nak gelak. tp aku tahan. hahaha.
malu iolss. hihi.

haritu akak office Tanya

" Erin bila nak ada boyfriend "

"Erin nak shah jaszle. hahahaha "

" Mamat tu kan kena tangkap khalwat? "

" Aah. tp dia handsomeee "

" Errr tolong ah erin "


hahahahahahah.


 
kalau tak dapat shah jaszle dapat beckham okay tak? hihi
 
 
haritu ada abang dari dept lain masuk dept aku. dept aku mmg orang rajin ular ular. hihi
dia Tanya aku. erin nk bf yg camne?
aku jawab ahhh " yang suka main gym "
 
terus abang tu dengan officemates aku yang lelaki cakap camni
 
"adui penat nya badan main gym semalam"
 
hahahaha berdekah satu office
 
 
 
 
okay la masa rehat nak habis
 
 
Bye
 
Erin
 
*** im waiting someone**
 
 
 



Maaf semua

Hai.

sekarang ni time rehat. bosan taktau nak buatpe. so meh aku nak cerita sikit.
aku nak minta maaf dekat sesiapa yang cari aku then aku respon lambat.
tak kisah lah cari aku dekat hp ke fb ke twitter ke, whatsapp & we chat.
kekadang tu bila handphone da mati. aku malas gila nak cas. pernah sampai ke seminggu tak cas
aku rilex je hp tersadai dalam handbag. mihmihmih.

tapi jadi masalah kalau bos aku cari aku. tp hp off. mmg kau kena bebel lah esok. bukan apa. bos aku ni jenis kekadang malam-malam msg aku. nak bgtau pasal staff yg cuti la, staf yang ot la. pasal keje la. semua benda dia update ke aku. pastu handphone aku pulak mati. esok nya dia call kt opis.

Bos : Erin handphone kau mana?
Aku : Errr takde battry kak? hihi
Bos : haaa bagus lah kau.
Aku : kenapa kak?
Bos : ***bebel pasal keje

Kadang-2 mama aku pun bingit je call aku tak dpt. dia cari aku tak dpt. mmg dia call opis aku.
taktau la mcm malas nk cas handphone. mana ada orang cari aku. Paling-2 mama, abah, bos, Emma & Acha.

Pastu lagi satu. aku skrg takde jiwa nak nak buka facebook. sory la kalau aku tak bls msg dalam tu.
aku kalau online fb. tak smpai setengah jam. aku taktau nak tgk apa. aku malas nak melayan orang dalam tu. nak cakap aku sombong ke apa. lantak kau lah. kalau penting nak cari aku. datang rumah ye. hihi

lagi satu aku bukan tanak balas whatsapp ke we chat ke atau msg dekat fb tu. tp aku mls nk layan.
kau da tau orang tak bls tak angkat call. means orang tu malas nk layan kau. susah sangat ke nak faham. haih. aku sepak jugak orang tak faham bahasa ni.hahaha

Bila aku da on hp da rajin nak cas. aku pun sibuk twitter. stalk instagram orang. beli barang online.
haha itu la dunia aku. pergi keje pkul 7.30 am. balik pkul 6.00 pm. balik rumah. tgk cerita kt tv3.
lepastu mandi, solat. pastu aku da ada hobi baru. Layan Running Man. berdekah ketawa sorang-2.
haritu sampai ke 2 pagi aku layan. haha kesian kau rin. Running Man pun jadi. *teringat tidur rumah emma. layan running man sampai 3 pagi. hihi. melampauuuuu kau. esok kerja kot.

Haa lagi satu. aku kalau kt uma. aku mmg jarang gila nak tgk hp. handphone bersemadi dalam handbag. kalau rajin bukak lah. Sorry u'olls.

Kalau aku balas msg lambat. means aku tak tgk hp leteww.



Ok la bye.

 
Erin

Saturday, June 8, 2013

Hati

sudah lah wahai hati
sampai bila mahu meratap?
sampai bila mahu begini
cuba kuat. cuba bangun.
kau perlu kuat

kau mengenang
atas pilihan kau
aku yakin keputusan kau ada hikmah nya
jika tidak baik pada kau
mungkin baik pada dia

bercakap, menjelaskan sampai berbuih mulut
jika tiada yang mahu memahami. mahu mendengar
tiada guna

sudah lah wahai hati
belajar lah redha
belajar lah terima hakikat
pasti ada hikmah suatu hari nanti

peduli pada yang mengata
peduli pada yang menuduh
mungkin kau hati seorang perempuan
yang sukar untuk difahami
bangkit lah
mungkin satu hari dia akan memahami

simpan saja rindu kemas kemas
simpan saja segala kenangan rapi rapi
Doakan dia bahagia dan berubah
Dia pasti berubah suatu hari nanti
Kita doa dari jauh ye hati

Erin

Monday, June 3, 2013

Tak sedap hati

dari hari sabtu aku tak sedap hati. masalah dan kekacauan jiwa aku mmg tak pernah habis.
tapi aku tak sedap hati pasal kawan aku. kenapa eh dengan dia?
aku whatsapp tak balas. bual dekat group pun ada takde.
aku risau ni. serious. kalau aku ada masalah yang menimbun ni.
apatah lagi kawan aku kan?

kawan aku jauh kat kl pun kadang-2 aku whatsapp tanya khabar. ada pape nak cerita tak dekat aku?
even jauh. aku nak kawan aku tau. aku selalu ada untuk dia.
so dari situ lah kita org akan share cerita. smpai menangis tersedu sedu. hihi
memasing luahkan perasaan.

memandang kan aku sekarang dan single mingle. aku nak utamakan kawan aku.
aku nak tau kenapa dengan kawan aku. dan apa masalah dia.
takpe. aku tunggu masa dia nak share probs dia. kita takleh paksa orang cerita masalah dia kan?
bersabarlah wahai kawan baik. aku ada kalau kau bersedia nak bercerita

Tersimpan #2

tadi aku menaip. aku menaip tentang soalan yang di tuduhkan kepada aku dari seorang hamba Allah. tapi aku delete mengenang kan aku perlu menjaga hati orang di luar sana dan kerana rasa hormat. aku tidak membalas segala tuduhan itu. Ya kerana hormat dan kerana aku di tuduh. Maka aku diam kan sahaja.

Teruk juga tuduhan yang dibagi. setiap hari aku fikirkan segala tuduhan. kata mama aku. pergi lah bagitau kepada si dia. Mama , lebih baik hati ini disakiti. daripada aku membuat suatu hubungan itu bertekak dan bergaduh. bukan kan itu lebih baik. Mama kata kuat nya aku di tuduh? Ya di luar mata semua orang. aku kuat. tapi tutup pintu rapat-rapat aku menangis atas apa yang berlaku. aku percaya Tuhan ada untuk teman aku.

kerana tuduhan itu juga aku melangkah pergi. tiada siapa tahu. kecuali mama. terima kasih mama kerana mendengar setiap apa yang aku kongsi kan. Jika mama rasa kehilangan. Umpama kehilangan anak. Begitu juga aku kerana terpaksa melepaskan seseorang yang umpama separuh nyawa hidup aku. biarlah dia cuma ketahui aku pergi kerana satu alasan yang tidak munasabah itu. biarlah aku nampak teruk. biar lah aku nampak tidak adil. janji aku dapat selamatkan satu hubungan. aku pergi kerana aku sedar siapa aku. Terima kasih pada yang menuduh. Sampai bila aku taktau.

Kini, aku pulang kan dia kepada DUNIA dia.
Kini, aku pulangkan dia kepada sahabat dia.
Kini, aku pulangkan dia kepada masa lampau dia.
Kini, aku pulangkan dia jugak kepada keluarga dia.

Dua dunia kita berbeza,
Kau hidup dalam dunia yang MATANG
aku hidup dalam dunia yang MEMBOSANKAN
aku doa kan kau bahagia .

 



Erin
2 june 2013