kekasih

Thursday, July 18, 2013

Perubahan?

Salam

Selamat berpuasa semua orang. tak terlambat kan untuk aku wish selamat berpuasa. taktau lah ada yang baca blog ni ke tak. takde pun takpe. at least nanti da tua sikit aku dapat baca balik apa aku update masa muda mudi ni. muda mudi lah sangat. hihi

hari semakin hari. aku rasa diri aku ni da berubah. selalu orang lain yang Nampak perubahan kita. tapi ni aku sendiri yang perasan. aku perasan yang aku ni sekarang ni :

1. Baran/Panas
 yes baran. kadang-2 benda simple pun aku nak mengamuk. aku tak mengamuk kt kawan-2. tapi aku tunjuk kan protes dekat rumah. of course family aku yang kena hadap. pernah sekali mama aku cakap. aku ni sekarang nak panas je. and sampai kan mama aku cakap kalau nak berbincang dengan aku. kena bincang dalam msg. takleh bincang dengan aku depan-2. sebab aku akan protes. pehhh aku sedar semua ni. and aku rasa nak lempang muka sendiri. kesian mama. mesti dia kecik hati. nanti raya aku minta maaf.

2. Insecure
Yes. aku tau setiap perempuan mesti ada perasaan macam tu. kalau ada perempuan yang tak rasa macam itu. aku tabik hormat lah. aku ni sejenis perempuan yang tak boleh tengok perempuan cantik. nanti rasa rendah diri aku meluap-luap. and sampai satu tahap. aku rasa benci dekat diri sendiri. haha pity you erin. dulu aku tak macam ni tau. dulu kalau aku tengok perempuan cantik. aku selalu pujuk hati. yela siapa lagi nak pujuk. kalau bukan diri sendiri. ni sebenarnya hormone tak cukup atau memang normal atau aku sorang yang insecure tak tentu pasal. Then kalau tetiba bf aku complain pasal diri aku. lagi aku rasa nak menangis depan dia. pastu rasa macam nak hentak-2 kaki. tapi buat-2 muka cool. dalam hati. sampai nya hati complain pasal diri aku. hahaha emosi. Pastu balik uma belek muka depan cermin. pastu sedih pastu kecik hati. pastu pujuk hati sendiri

One day aku akan buat perempuan lain yang insecure bila tengok aku. cewahhhh.

Dua benda ni la aku rasa perubahan yang terjadi dalam diri aku. kalau ada lagi yang berubah. aku cerita kat sini. kalau ada yang baca.  Terima kasih ye.

 
 
Okay bye
 
Erin 

Tuesday, June 11, 2013

Sekadar cerita

Harini dekat office ada 4 orang je.

Yang lain ada yang cuti. ada yang outstation. so tinggal lah 3 perempuan sorang laki.
aku tengah leka buat keje. aku terdengar la dorang borak.

Akak 1 : Da lama tak Nampak min main msg *min tu lelaki okay
Akak 2 : Aah. kenapa ek?
Min      : da putus. hihi
Akak 1 : laaa yeke. da tu skrg?
Min      : takpe. yang janda ada lagi
Aku      : hahahahahaha. ketawa dalam hati
Akak 2 : kau kawan dengan janda . kau kena tgk masa silam dia. kau jangan bla bla bla bla
Akak 1 : Aahhh. kena tau dia jenis cmne
Min      : alaaaa sebat ah memana. hahaha

act aku dengan min da dekat sebulan lebih tak tegur. ada la haritu dia marah aku pasal aku bebel time nak makan. aku ni Nampak je kerek, sombong, bongkak. hahaha. tp hati aku sensitive uolss. hihi
kena marah sikit nak sentap. haha aku benci perangai aku camni.
bila ada kerja aku berkaitan dengan min ni. aku akan bgtau sorang akak ni untuk bgtau dekat min. means akak tu jadi orang tengah. hahaha sampai gitu sekali sentap aku.
haritu aku malas nk mintak akak ni jd orang tengah.

so aku tertegur dia, " min, bulan ni punya keje mana? erin nak buat graph da ni " sekali dengar suara sumbang dekat belakang nnyi.

" akhir nyaaaaa. kini pasti " .

hahaha Sahril officemates aku mengajing aku. hahaha. aku nak gelak. tp aku tahan. hahaha.
malu iolss. hihi.

haritu akak office Tanya

" Erin bila nak ada boyfriend "

"Erin nak shah jaszle. hahahaha "

" Mamat tu kan kena tangkap khalwat? "

" Aah. tp dia handsomeee "

" Errr tolong ah erin "


hahahahahahah.


 
kalau tak dapat shah jaszle dapat beckham okay tak? hihi
 
 
haritu ada abang dari dept lain masuk dept aku. dept aku mmg orang rajin ular ular. hihi
dia Tanya aku. erin nk bf yg camne?
aku jawab ahhh " yang suka main gym "
 
terus abang tu dengan officemates aku yang lelaki cakap camni
 
"adui penat nya badan main gym semalam"
 
hahahaha berdekah satu office
 
 
 
 
okay la masa rehat nak habis
 
 
Bye
 
Erin
 
*** im waiting someone**
 
 
 



Maaf semua

Hai.

sekarang ni time rehat. bosan taktau nak buatpe. so meh aku nak cerita sikit.
aku nak minta maaf dekat sesiapa yang cari aku then aku respon lambat.
tak kisah lah cari aku dekat hp ke fb ke twitter ke, whatsapp & we chat.
kekadang tu bila handphone da mati. aku malas gila nak cas. pernah sampai ke seminggu tak cas
aku rilex je hp tersadai dalam handbag. mihmihmih.

tapi jadi masalah kalau bos aku cari aku. tp hp off. mmg kau kena bebel lah esok. bukan apa. bos aku ni jenis kekadang malam-malam msg aku. nak bgtau pasal staff yg cuti la, staf yang ot la. pasal keje la. semua benda dia update ke aku. pastu handphone aku pulak mati. esok nya dia call kt opis.

Bos : Erin handphone kau mana?
Aku : Errr takde battry kak? hihi
Bos : haaa bagus lah kau.
Aku : kenapa kak?
Bos : ***bebel pasal keje

Kadang-2 mama aku pun bingit je call aku tak dpt. dia cari aku tak dpt. mmg dia call opis aku.
taktau la mcm malas nk cas handphone. mana ada orang cari aku. Paling-2 mama, abah, bos, Emma & Acha.

Pastu lagi satu. aku skrg takde jiwa nak nak buka facebook. sory la kalau aku tak bls msg dalam tu.
aku kalau online fb. tak smpai setengah jam. aku taktau nak tgk apa. aku malas nak melayan orang dalam tu. nak cakap aku sombong ke apa. lantak kau lah. kalau penting nak cari aku. datang rumah ye. hihi

lagi satu aku bukan tanak balas whatsapp ke we chat ke atau msg dekat fb tu. tp aku mls nk layan.
kau da tau orang tak bls tak angkat call. means orang tu malas nk layan kau. susah sangat ke nak faham. haih. aku sepak jugak orang tak faham bahasa ni.hahaha

Bila aku da on hp da rajin nak cas. aku pun sibuk twitter. stalk instagram orang. beli barang online.
haha itu la dunia aku. pergi keje pkul 7.30 am. balik pkul 6.00 pm. balik rumah. tgk cerita kt tv3.
lepastu mandi, solat. pastu aku da ada hobi baru. Layan Running Man. berdekah ketawa sorang-2.
haritu sampai ke 2 pagi aku layan. haha kesian kau rin. Running Man pun jadi. *teringat tidur rumah emma. layan running man sampai 3 pagi. hihi. melampauuuuu kau. esok kerja kot.

Haa lagi satu. aku kalau kt uma. aku mmg jarang gila nak tgk hp. handphone bersemadi dalam handbag. kalau rajin bukak lah. Sorry u'olls.

Kalau aku balas msg lambat. means aku tak tgk hp leteww.



Ok la bye.

 
Erin

Saturday, June 8, 2013

Hati

sudah lah wahai hati
sampai bila mahu meratap?
sampai bila mahu begini
cuba kuat. cuba bangun.
kau perlu kuat

kau mengenang
atas pilihan kau
aku yakin keputusan kau ada hikmah nya
jika tidak baik pada kau
mungkin baik pada dia

bercakap, menjelaskan sampai berbuih mulut
jika tiada yang mahu memahami. mahu mendengar
tiada guna

sudah lah wahai hati
belajar lah redha
belajar lah terima hakikat
pasti ada hikmah suatu hari nanti

peduli pada yang mengata
peduli pada yang menuduh
mungkin kau hati seorang perempuan
yang sukar untuk difahami
bangkit lah
mungkin satu hari dia akan memahami

simpan saja rindu kemas kemas
simpan saja segala kenangan rapi rapi
Doakan dia bahagia dan berubah
Dia pasti berubah suatu hari nanti
Kita doa dari jauh ye hati

Erin

Monday, June 3, 2013

Tak sedap hati

dari hari sabtu aku tak sedap hati. masalah dan kekacauan jiwa aku mmg tak pernah habis.
tapi aku tak sedap hati pasal kawan aku. kenapa eh dengan dia?
aku whatsapp tak balas. bual dekat group pun ada takde.
aku risau ni. serious. kalau aku ada masalah yang menimbun ni.
apatah lagi kawan aku kan?

kawan aku jauh kat kl pun kadang-2 aku whatsapp tanya khabar. ada pape nak cerita tak dekat aku?
even jauh. aku nak kawan aku tau. aku selalu ada untuk dia.
so dari situ lah kita org akan share cerita. smpai menangis tersedu sedu. hihi
memasing luahkan perasaan.

memandang kan aku sekarang dan single mingle. aku nak utamakan kawan aku.
aku nak tau kenapa dengan kawan aku. dan apa masalah dia.
takpe. aku tunggu masa dia nak share probs dia. kita takleh paksa orang cerita masalah dia kan?
bersabarlah wahai kawan baik. aku ada kalau kau bersedia nak bercerita

Tersimpan #2

tadi aku menaip. aku menaip tentang soalan yang di tuduhkan kepada aku dari seorang hamba Allah. tapi aku delete mengenang kan aku perlu menjaga hati orang di luar sana dan kerana rasa hormat. aku tidak membalas segala tuduhan itu. Ya kerana hormat dan kerana aku di tuduh. Maka aku diam kan sahaja.

Teruk juga tuduhan yang dibagi. setiap hari aku fikirkan segala tuduhan. kata mama aku. pergi lah bagitau kepada si dia. Mama , lebih baik hati ini disakiti. daripada aku membuat suatu hubungan itu bertekak dan bergaduh. bukan kan itu lebih baik. Mama kata kuat nya aku di tuduh? Ya di luar mata semua orang. aku kuat. tapi tutup pintu rapat-rapat aku menangis atas apa yang berlaku. aku percaya Tuhan ada untuk teman aku.

kerana tuduhan itu juga aku melangkah pergi. tiada siapa tahu. kecuali mama. terima kasih mama kerana mendengar setiap apa yang aku kongsi kan. Jika mama rasa kehilangan. Umpama kehilangan anak. Begitu juga aku kerana terpaksa melepaskan seseorang yang umpama separuh nyawa hidup aku. biarlah dia cuma ketahui aku pergi kerana satu alasan yang tidak munasabah itu. biarlah aku nampak teruk. biar lah aku nampak tidak adil. janji aku dapat selamatkan satu hubungan. aku pergi kerana aku sedar siapa aku. Terima kasih pada yang menuduh. Sampai bila aku taktau.

Kini, aku pulang kan dia kepada DUNIA dia.
Kini, aku pulangkan dia kepada sahabat dia.
Kini, aku pulangkan dia kepada masa lampau dia.
Kini, aku pulangkan dia jugak kepada keluarga dia.

Dua dunia kita berbeza,
Kau hidup dalam dunia yang MATANG
aku hidup dalam dunia yang MEMBOSANKAN
aku doa kan kau bahagia .

 



Erin
2 june 2013



Saturday, May 25, 2013

Terpaksa

aku terpaksa 'menghalang'
bukan kerana benci
tapi kerana aku lemah melihat kau
aku tak kuat
aku ingin belajar melupakan
meski sukar
aku cuba

Tuhan
Jangan tinggal kan aku seorang
Teman aku
Aku tidak punya siapa
cuma Kau


Erin

Friday, May 24, 2013

Salahkah aku ?

Aku pergi bukan kerana aku sudah berhenti mencintai.
aku pergi juga bukan bererti aku benci.
aku pergi kerana sudah sampai masa nya
jauh di lubuk hati aku rasa kehilangan

setiap apa aku mahu kan
aku di persalah
salah kah aku menharap aku di penting kan?
salah kah aku mengharap kau sedar wujud aku dalam dunia kau?
kata kau aku tidak memahami
tepat padu alasan kau bagi pada aku
jadi siapa mahu faham aku?

mana kau time aku meniti hari malam tanpa orang yang aku kasihi?
mana kau time aku perlu teman bicara?
mana kau time aku ingin berkongsi rasa?
mana ? mana ?
*menangis

semua salahkah aku.
karma hentam aku bertubi tubi.
dosa apa aku di masa lampau?
lemah. sungguh aku lemah.
aku simpan semua dari lubuk hati paling dalam

Mungkin ini takdir. Mungkin sampai di sini
aku mahu pergi jauh
ubat hati
buang semua rasa ini

kalau rindu.
pandang bintang paling terang
dan percaya lah
aku pun rindu kan kau

jaga diri
jaga diri
jaga diri
tiada perempuan yang akan membebel risau kan kau
tiada lagi perempuan yang kurang rupa ini untuk nasihat kan kau
tiada jugak perempuan yang serba kekurangan ini dalam hidup kau

aku mahu pujuk hati
lama dia merajuk


Tuhan,
pelihara lah aku dari kekecewaan ini



Erin

Tersimpan #01



#bila setiap impian kau ada terselit dia untuk kau capai impian tu. bila dia takde. kau rasa sebak. dan berfikir impian itu sia sia

#bila kau meninggalkan. tapi kau yang sukar melupakan

#bila kau mahu uji. tapi dia pergi tanpa kembali

#bila kau pura-pura senyum dan kau kata kau OK. Tapi hakikat nya kau menangis dalam diam

#bila kau nak bahagia kan orang yang kau sayang. tapi kau tak bahagia

#bila kau ada kawan. tapi tak dapat membantu. apa kau rasa?

#bila kau terasa karma hentam kau dan takde akhirnya.

#bila kau rasa rindu. tapi tak mampu untuk luahkan.

Monday, May 6, 2013

Lubuk hati

marah?
tidak

benci?
tidak

kecewa?
Ya


bukan niat aku untuk mengecewakan kau
bukan juga niat aku untuk mencipta jarak
tapi aku sekadar ingin tau
tapi aku dituduh.
bukan sekali. tapi berkali. dan berulang kali
dan kali ini aku terlalu kecewa

aku pergi bukan kerana marah bukan juga kerana benci
aku pergi kerana aku tau. kau mampu tanpa aku
jauh di sudut hati aku rindu
sumpah. sungguh aku rindu

akan aku rindu senyum manis kau
akan aku rindu nyanyian bersama kau
akan aku rindu bebelan kau
akan aku rindu gelak tawa kau
akan aku rindu cara memuji kau

sedikit pun tidak aku benci kau
mungkin kita punya kimia yang sama
dan mungkin kita lupa
kita kadang kala tiada persefahaman

aku mungkin keras hati keras kepala
tapi aku rasa kau tau aku terlalu manja
jangan di abai kan aku
jangan di lupa kan aku biarpun sesaat

cari la kebahagian yang kau mahukan
cari la seseorang yang jauh lebih sempurna
aku pergi undur diri
meski pun sakit
aku terpaksa. hati ini sudah terlalu lama kecewa

jaga diri
aku doa dr jauh
aku lihat dari jauh
walaupun bukan aku di sisi kau
aku bersyukur kenal kau

aku pinjam raut wajah kau
aku pinjam kenangan kita




Erin

Thursday, March 28, 2013

Aku

aku sudah tau semua nya
aku sudah tau semua rahsia
subhanaAllah. kenapa terjadi pada aku?

aku hempas harta orang
selang 5 minit
aku rasa bersalah sangat
bodoh. itu yang aku rasa dalam diri aku

sudahlah tidak berharta
tidak punya rupa
tambah pula diperbodohkan

terima kasih atas perlakuan yang diberikan
aku nangis air mata darah sekalipun
ia tidak akan sama seperti

aku ingin belajar redha
aku ingin belajar menjadi dewasa
aku ingin belajar menjadi matang

masa tau buat kerja dia
aku tunggu kebahagian aku datang


maaf jika aku pernah menyakitkan hati orang lain
maaf maaf maaf
cukup lah semua karma ini
aku ingin bahagia.
tolong

Tuesday, March 26, 2013

sudah berubah

aku sudah pandai marah
aku sudah tidak pandai untuk bersabar
aku sudah tidak pandai berdiam diri ketika marah.
aku sudah berani melawan
aku sudah berani memukul
aku sudah berani mencabar

kenapa aku berubah?

bukan kah aku seorang perempuan yang sabar?
bukan kah dulu aku memilih untuk berdiam jika aku di marah?
siapa yang mengajar aku untuk berubah ni? siapa?
pelik. sungguh pelik.

tapi aku juga sudah berubah
aku lupa bagaimana untuk curang
aku lupa bagaimana untuk melayan lelaki lain selain kekasih aku
aku lupa bagaimana untuk mendua kan
aku lupa bagaimana untuk membalas kiriman ringkas lelaki lain selain kekasih aku
aku lupa segala nya
kagum aku pada diri sendiri
beruntung kan dapat aku?
aku je rasa beruntung. yang lain biasa sahaja


aku mahu menjadi aku yang lama
tetap bersabar biarpun di herdik biarpun dicaci biarpun dimaki
aku mahu tetap tersenyum biarpun hati aku berdarah
bagaimana semua itu akan kembali
aku dah cari. tapi tak jumpa

tolong aku.

aku

aku bukan perempuan yang meminta di taja
aku bukan perempuan yang minta di beli itu ini
aku juga bukan perempuan yang kau harus menjemput menaiki lambogini honda toyota
itu semua bukan aku.

aku cuma mahu kan kau penting kan aku dari segala nya
aku cuma mahu kau hargai aku
tidak banyak sikit cukup
jangan abai kan
aku manja aku perlu kan kau terus melayan aku

aku mungkin keras kepala
aku mungkin ego
tp pujuk lah aku
aku mudah lembut
tapi tiada.
hari demi hari aku tunggu
tiada
kasihan aku

kalau mahu pergi. pergi lah
aku cuma mahu pinjam kenangan dari kau

aku rindu cincin aku
:(

Ring

i miss my ring

:(

Jaga dia. Tolong

jaga kan dia seperti aku pernah jaga.
ahh aku akan rindu
aku kan kehilangan

jangan disakiti hati dia
jangan menjadi minyak tanah
jangan menjadi api
tetapi jadi lah semanis dan selembut Tuhan kurnia kan bagaimana sifatnya perempuan

aku akan simpan kenangan
aku akan simpan hati yang kau curi tidak dipulangkan
aku akan simpan raut wajah kau jauh di tempat paling dalam
untuk aku terus mencintai dari jauh

wahai kekasih dan kawan baik

jaga diri
jaga hati
aku akan selalu jadi kawan baik kau

di mana aku mahu cari penganti.
di mana aku mahu cari bakal suami
haih. malas sungguh aku mahu bercinta
tetutup nya hati aku buat yang lain

aku sayang kau cinta.
ada jodoh kau pasti akan untuk aku
tiada jodoh.
aku doa dari jauh.

subhanallah aku terasa mahu pergi jauh.

Monday, February 18, 2013

Doakan saya

Assalammualaikum
saya nak kalian semua doa kan saya supaya saya berhijab macam ni satu hari nanti.
tipu la kalau saya tak pernah terbuka hati nak berhijab.
cuma belum sampai masa nya mungkin.
saya tak perlu kutukan atau pun kritikan.
cuma
doa kan saya
terbuka hati suatu hari nanti
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
 



 
*masa ni nak g kenduri uma bestfriend saya. hehe.


Erins
:')


Saturday, February 16, 2013

tahu kah awak ?

tahu kah awak ?
tidak pernah lengkang untuk saya menyelitkan
nama awak di dalam setiap doa saya. di setiap sujud saya.
saya taktau ada kah Yang Di Atas mendengar atau pun tidak.
tapi saya selalu minta Dia redhai segala perjalanan awak. selalu minta awak jauh dari malapetaka.
selalu minta awak dipanjangkan umur. sebab saya nak tengok bahagia.
saya tau saya bukan lah baik mahupun sempurna. tapi itu sahaja yang mampu saya hadiahkan dari jauh.awak taktau kan? takpe saya ikhlas *tersenyum

tahu kah awak?
terlalu banyak yang telah saya korbankan.
terutama nya hati saya ni.
awak salah. saya maafkan. awak tidak kan. saya ia kan. apa saja untuk buat awak puas hati dan mampu tersenyum. saya cuba korbankan walaupun hati saya terguris.
sebab apa lah sangat awak untuk lihat orang yang kita sayang bahagia.
itu semua pengorbanan *terdiam

tahu kah awak?
perempuan ini mahu lihat awak berubah. mahu lihat awak sentiasa berada di landasan yang betul.
perempuan ini lah yang hari hari tunggu bila ia akan tiba.
alhamdulilah walau pun sedikit awak da berubah. tahukah awak bahagia nya saya walaupun
saya tidak pernah khabarkan pada awak.
saya cuma mahukan yang terbaik untuk awak. tak rugi kan awak berubah untuk masa depan awak sendiri?

tahu kah awak?
perempuan ini sentiasa tunggu pesanan ringkas setiap pagi, tengah hari, petang ataupun malam.
ya awak selalu habiskan masa melayan saya. walaupun awak sibuk. kagum nya saya dengan awak.
hilang je awak 5minit. saya da mencari. sampaikan awak tertinggal handphone dekat laci pun saya marah. kejam kan saya? tapi bagaimana harus saya katakan. saya tak sanggup berjauhan dengan awak walapun 5minit walaupun 5saat. maafkan saya.

tahu kah awak?
saya mungkin perempuan yang keras kepala, ego dan mungkin pentingkan diri sendiri.
itu semua kerana saya mahu awak lembutkan saya. saya mahu awak kenal dan fahami siapa saya.
tetapi jauh di dalam hati saya. alangkah seronok saya di manja kan oleh awak. saya rasa awak kenal siapa saya

tahu kah awak?
saya selalu suruh awak cari perempuan yang lebih baik dari saya. yang lebih sempurna. lebih cantik. lebih comel. tapi awak selalu fikir saya da tanak dekat awak. awak selalu fikir saya tak suka awak dah. tapi tahu kan awak? saya cuma mahukan yang terbaik buat awak. kalau ada yang lain boleh membahagia kan . pergi lah. saya mahu insan yang saya sayang bahagia.

awak
jika satu hari nanti awak lupa saya
awak harus ingat. saya tak akan pernah lupa kan awak.
selagi awak bersama saya. saya cuba menjaga sebaik nya.

saya mahu awak faham dan mengerti segala nya.

 
 
 
Erin
:)

Monday, December 10, 2012

Random Post

Assalammualaikum .

Ya Allah rindu nya dekat blog ni . taktau berapa bulan da tinggalkan blog ni . so harini aku nak post sesuatu tetapi random lah . hihi . semoga hilang segala kerinduan anda pada saya . hahaha .

8 disember 2012

 My family . comel tak aku pakai tudung ? hihi . rumah ada buat kenduri kesyukuran .
i can't imagine how my life without them :')



my bestfriend datang . kitaorg bersahabat since form 1 lagi . harap maklum yang dua tengah tu da berpunya . 
sorang da bertunang sorang laki da ada husband .
aku ? tunggu orang datang minang . haha .



Mohd noor akhill rahim
aku rasa dia tuan rumah . sebab dah abis majlis . dia sibuk kemas kemas . 
dia angkat ni . dia angkat tu . dia cuci ini cuci itu . 
hahaha . esok nya pun dia datang . sambung angkat apa apa yang patut
terharu di buat nya



hadiah ulang tahun perkahwinan mama . akhill yang bukak . hahahaha .
macam hadiah perkawinan dia pulak . 
dekat pukul 1 pagi dia balik .
omnomnom . bagitau aku macam mana aku tak jatuh cinta dengan dia .
grrrrr 


9 Disember 2012

Here we go . Tanjung Balau Kota Tinggi



Akhill marah aku ambik gamba dia tak berhadapan laut .
hahaha . 



Taraaaaa , aku pun pandai bawak okayyy . berat sikit dari motor biasa . and paling geram tak boleh bawak laju - laju . gear da di kawal . but best okay :')



tiada yang membahagia kan bersama orang yang kita sayang . menghabiskan masa bersama sama .
kenangan itu suatu yang tak dapat di jual beli .
 dan jika satu hari nanti jodoh kami tiada atau ada . aku berharap dia tersenyum melihat semua ini dan terdetik di hati dia . bahawa gadis yang tidak punya apa apa ini pernah membuat dia bahagia .
dia lah kekasih dia lah kawan baik dan dia la musuh
:) 

"Respect me,respect him and please respect our relation"

much love 

Erin



Monday, June 18, 2012

Terindu Terasa

Assalamualaikum

harini taktau kenapa rasa down gila . dari mula aku celik mata ni sampai aku tak boleh nak tidur . sejujurnya aku sangat bosan . seharian kat rumah . terasa macam nak bunuh diri pun ada jugak  . ohh im always forever alone :'(




kadang-kadang terasa mahu sangat kembali ke masa lepas . hidup tanpa fikir akan kerja kerja dan kerja . bangun pergi class . lepak dengan kawan-kawan . susah senang dengan kawan-kawan . sumpah aku rindu saat tu . kenapa aku rasa life aku sekarang tak happy eh . kawan-kawan kat sini semua nya busy . dengan kerja masing-masing . yesss aku faham sangat . aku pun busy . tapi ntahlah . aku teringin sangat nak kembali masa lepas . kalau bosan keluar lepak . zaman belajar memang seronok kan . sungguh aku rindu . aku rindu nak gelak dengan roomates aku rindu nak bertekak dengan ex classmate aku .


pernah sekali aku down gila kat bilik . tetiba datang gila roomate aku masuk bilik . semua pakai baju tidur . sorang pakai helmet sambil pegang botol . dua orang pegang gitar . nnyi untuk aku . baik-2 tak happy terus happy . then aku suruh dorang balik bilik masing-masing. dorang pergi then datang balik dengan lagu baru dengan lawak baru. tak putus-2 nak buat aku happy. sekarang ? kalau aku tak happy kalau aku tak sedih siapa nak happykan aku ? happy kan diri sendiri lah jawab nya kan. sedihnyaaa .
kalau tension sangat. kalau bosan sangat. kitaorang akan pergi pantai. tengok laut and memasing akan luahkan perasaan masing-masing. sungguh ia sangat menyedihkan dan mengharukan.


bukan aku tak happy duduk dengan family duduk dekat dengan kekasih hati . but macam ada something yang kurang dalam hidup aku ni . susah nak cakap . but  perlahan-perlahan dia cuba membunuh aku kat sini . seriously i need my past . pretty pleaseee .


di saat aku melakukan kesalahan yang terbesar dalam hidup aku . bukan aku tidak mendengar kata mereka . tetapi aku degil mendengar kata hati sendiri . dan akhirnya aku kecundang . mungkin mulanya bahagia . akhirnya aku sendiri rasa terseksa . tapi akhirnya walaupun mereka tau aku yang salah . mereka tetap berada di sisi aku menasihat dan terus menyokong aku . ini lah sahabat aku dunia akhirat .


ajar aku bagaimana untuk aku lupakan mereka disaat ini . 
ajar kan aku bagaimana belajar untuk tersenyum tanpa di bantu mereka ini . 
ajar kan aku juga bagaimana untuk berdikari tanpa mereka 
ajar aku bagaimana untuk mencari pganti seperti mereka ini 
yang kenal siapa aku yang sebenar
tolong 
adakah yang mampu ?
aku minta sangat tolong 






aku tahan air mata untuk terus mengalir 
tapi aku gagal 
ia tetap mahu mengalir 
ia mewakili bagaimana hati ini terguris 
apakah aku sudah tersilap langkah
mahu menyesal sudah terlambat
aku terima dengan redha 
ia pilihan hati 

kau mahu difahami
tapi kemahuan aku sukar untuk kau fahami
ia indah pada permulaan 
ia semakin perit untuk dihitung 
terguris dan terus terguris

buatlah aku bahagia 
sebagaimana kau mahu aku bahagia kan kau
aku lemah 
aku jatuh
semakin hari dengan kau

mohon aku terus diberi kesabaran 
untuk mencintai 
niat aku belum terlaksana 
aku masih merangkak mencari kebahagiaan 

pergi lah jauh 
mati kan hati ini
jika bukan ini kisah kita
aku bukan mahu sebegini jalan nya
cerita kita 
jauh beza 
seperti langit dan bumi
seringkali aku menafikan 

karma 
aku sakit dihentam kau 
terima kasih


Erin


Wednesday, June 13, 2012

Terjatuh cinta

nak terjatuh cinta .
omnomnomnom
boleh tak 
nak boyfriend yang tau main gitar 
tau nnyi camni .
pretty pleaseee .
ahhh berangan . 
haha .