kekasih

Saturday, March 26, 2011

puisi

ini cerita kita . bukan cerita manusia lain .
kau aku punya cinta yang sangat mendalam seperti shah jehan dan mumtaz nya .
dan mungkin tidak tertanding seperti mereka . 
tapi cinta kita melebihi dari segala nya . 
ya . itu mungkin dulu .
sekarang . cinta kau dan aku umpama hidup segan mati tidak mahu . kata mereka .

aku meninggalkan kau .
bukan kerana aku tidak mencintai .
bukan kerana ak mencintai yang lain .
bukan kerana ak punya pilihan .
dan juga bukan kerana kau kurang sempurna dalam hidup aku .

tapi kerana aku mencari ape itu cinta .
dan meminta agar kau berikan aku sedikit ruang 
untuk aku mencari sedikit rasa cinta yang dulu tinggi melangit .
kita berpisah bukan juga kerana tiada jodoh .
tapi kita mencari apakah kita sebenarnya punya jodoh ?
jodoh , ajal maut kerja yang Di Atas bukan .
maka . masa tahu melakukan kerja nya .

berikan aku sedikit ruang 
untuk aku sedar dan menhargai nya pada satu masa akan datang .
akan kembali nya kita apabila kita sudah menyedar nya .
seperti apa yang pernah terjadi pada kisah kita dahulu .
maafkan aku .

No comments: