kekasih

Tuesday, January 31, 2012

Future Husband please alert !

hello my future husband .

tolong alert apa yang aku nak bgtau ni . kalau nak jadi suami aku tolong se-manis zahiril ni okay .
hahaha . harini aku nak cerita pasal puisi si zahiril bagi dekat wife dia shera masa dorang kawin haritu . tak kisah lah ni cerita dah lama ke tak . aku tetap nak share sbb nak bagi alert kt bakal suami nanti . hehe .




Foto Pra Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



        ___________________________________________________________________


omaigadd sweet kan ? *pengsan bangun semula . hahaha . aku suka gila lelaki camni . yang bagi gf/wife dia puisi atau nyanyi kan lagu / mainkan gitar . ehh siapa lelaki kat luar camni . mesti aku da jatuh cinta . and jom kita kahwin . haha . 

so bakal suami ni ada pesanan sikit : 


kalau awak nak jadi suami kita satu hari nanti 
awak mesti manis and semanis gula gula 
dan 
tolong lah jadi macam zahiril ni . dia sangat sweet tau . haha .
kalau susah sangat pun nyanyi kan kita lagu pun takpe .
kita suka lelaki pandai nyanyi ni . hahaha .
sebab nanti merajuk kalau awak nynyi untuk kita 
sure kita tak merajuk da terus senyum. hihihi .


kalau bakal suami tanak baca kan puisi depan-2 kita pun kita okay
janji dia tulis puisi tu then bagi kita baca
and buat kita tersenyum cam orang gila
and buat kita terharu setengah mati . 
hahaha over gila .

okay stop berangan .


bye 




P/s : Tolong lah erin jangan nak berangan setinggi langit okay . hahahaha .




Saturday, January 21, 2012

My Bad Day

Hai Assalamualaikum :)

sehat semua . harap harap sehat . cewahh . cam pengacara lah pulak kan .
okayy abaikan . act entry ni nak cerita pasal my bad day aku harini . bagi aku bad day lah . aku ni luar je nampak tenang tabah dalaman hati cam air terjun mengalir nya .

camni . pagi pagi lagi aku bangun tidur cam rasa badan ni malas je rasa . tiba waktu lunch nak masak .
niat di hati nak masak lah ikan kukus 3 rasa . ehhh tipu je . okayy act nak masak ikan masak tauchu . ahh tak tau la betul ke tak eja tauchu tu . lantak . heehe . then call mama : "ma camne masak ikan tauchu ma . teringin lah nak makan . " mama pun : " camni bla bla bla bla bla and bla . faham tak ? " aku pun ehhh mesti la faham.masak punya masak . masak punya masak . masak ala ala chef wan power nya . last-2 eh aku fikir asal cam tak jadi ni ? ni masak tauchu ke masak tauge ni . hahaha  . memang tak jadi apa lah  . tanpa fikir masak semasak nya  aku pun buanggggg . okayyy buang okayyy . bukan rasa ke betul kan ke apa ke . lagi sekali . BUANG .haha . asdfghjkl kan ? taktau nape cam bengong bengong ayam je . aku pergi buang tanpa rasa bersalah . membazir kan . haih . hati tak senang . dengan masakan aku , aku buang bersama secebis masalah . semua kerja aku buat semua tak kena . apa nak jadi dengan aku ni . haih .

okay itu cerita lunch . ni cerita dinner . tetiba perut ni teringin nak makan megi . da lama tak makan megi . last makan pun masa kat hostel dulu . kat rumah ni memang ada meggi . mama saja beli buat stock untuk anak dia malas masak . haha . so alkisah nya aku ke dapur . masak lah kan . tung tang tung tang . okayy siap .dengan senang hati ni nak tuang meggi dalam mangkuk . okay mangkuk okay . dengan bengap nya aku pergi tuang meggi tu dekat lantai . LANTAI okayy .  seinci lagi nak kena kaki . kalau kena kaki tu . mau melecur kaki aku . wahhhh sedihnya . sambil jerit "mama adik punya meggi tumpah kena lantai . sayang nya mama . camne ni ? membazir nya macam-2 lagi lah aku bebel " mama pun datang : "adik ni kenapa , kan mama da cakap buat keje jangan duk fikir benda lain . kan da jadi camni .kalau kena kaki tadi camne ?  da takpe . biar mama bersih kan , pergi duk depan . mama masak kan . aku pun " tak payah lah ma . takde selera nak makan . takpe biar adik bersihkan ."  da bergaduh dua nak bersihkan dapur . hehe . lastly mama masak kan . sambil kemas dapur act nak menangis . sebab rasa asdfghjkl betul lah diri ni . buat kerja otak ke lain . pastu terharu mama tak marah sebab tuang meggi ke lantai bukan ke mangkuk . bayang kan semua meggi aku tumpah kan . takde tinggal sisa pun . hahaha .bengong kali kedua . last-2 makan meggi mama masak . pastu siap licin lagi makan . and mama cakap " tadi cakap kat mama takyah la masak kan , takde selera la apa lah . ni licin je makan . " pastu dua-2 ketawa . hahahahahha . :D



*okayy ini lah cerita bad day aku . bagi aku ni bad day . haha . pesanan kat korang kalau korang rasa cam   ada benda yang tak kena baik korang hati hati . taklah jadi macam aku . and buat kerja jangan duk  berangan rindu kat boyprrenggg ke geprenddd ke . fokuss pada kerja okayy . hehehe .
Act aku memang rindu kan someone pun and masalah pun tengah banyak . tu jadik lagu tu . hehehe .
okayy bye ;)


Photobucket


P/S  : Al-Fatihah buat Izwan Pilus yang telah meninggal dunia petang tadi . takziah buat keluarga beliau .



Monday, January 16, 2012

cerita cinta aku .

Apa itu cinta ? semua orang mesti pernah bercinta . sama ada tengah bercinta baru lepas putus cinta atau pun baru nak bercinta . cinta suatu perasaan yang tak mampu nak diluah kan oleh kata kata . ia indah bila mereka yang bercinta tahu menghargai . ia jadi tidak indah bila mereka tidak tahu menghargai .

tak tahu kenapa malam ni tetiba aku nak bercerita tentang cinta . kadang kadang kita sendiri di buta kan oleh cinta . sebab itu orang selalu cakap cinta itu buta . kerana ia buta lah no wonder ada yang bercinta sesama jenis ada yang bercinta dengan wife/husband orang and no wonder lah ada yang sanggup mendua kan cinta nya . semua sebab apa ? sebab cinta itu buta . manusia tak nampak erti sebenar cinta itu . tapi kadang-kadang kita tak boleh nak salah kan mereka yang buta kerana cinta . sebab kita takde kat tempat dorang . kita tak rasa bagaimana perasaan dorang . kan ?

aku sendiri pernah bercinta . cinta masa zaman sekolah sangat seronok . dan cinta itu bertahan 4 tahun . 4 tahun lama bukan ? akhirnya ia terkubur begitu saja . aku tak salah kan takdir . cuma aku percaya pada jodoh . kalau  takde jodoh tu . berapa tahun pun kita couple kalau jodoh tu tiada . tiada lah dia . lagi satu kes , bila kita sudah ada pasangan . putus sambung putus sambung . aku rasa macam da adat dalam bercinta ." harini si A putus dengan si B . esok lusa eh couple balik ."  tipu lah kalau aku tak pernah alami semua tu .aku pernah dengar ayat ni : kalau kita tinggal kan dia dan dia kembali kepada kita balik . dia lah jodoh kita .
hm , boleh percaya ke ? aku kurang percaya . sebab aku pernah alami dan ternyata . dia bukan jodoh aku .

bercinta di zaman kolej adalah sangat terindah pernah aku alami . mengenali seorang lelaki yang aku cuma kenal seminggu dua . bila dia mahu kan aku untuk menjadi kekasih hati nya . aku terus mengatakan YA .
aku taktau di mana datang kekuatan untuk mengata kan YA . satu je jawapan aku pada dia masa tu "bukan diri saya yang menerima awak , tetapi hati saya . saya taktau kenapa . " lebih kurang begitu .
sepanjang hidup aku , dia lah lelaki yang aku rasa kan sangat baik . sangat sempurna buat aku yang sangat banyak kekurangan . pahit manis kami lalui bersama . dan aku hutang nyawa dengan dia . 2 kali aku hampir lemas dan 2 kali dia lah selamat kan aku even time tu kaki dia kejang. dalam hati terus terdetik . "subhannallah berharga nya nyawa ku dari kesakitan yang kau sedang rasa " .
sebaik baik lelaki itu aku menyakiti nya . dan dia terima kesalahan aku dengan tabah . dan bersabar dengan setiap perilaku ku . hati apa kau miliki wahai kekasih . melayan karenah aku dengan sabar melayan kekasaran dengan tabah . melontar kata tanpa aku fikir perasaan nya . kejam nya aku . tetapi diri ini sekarang perlu kan ruang . maaf kekasih .


 susah kita nak tafsir tentang jodoh ni . bukan kah "jodoh itu rahsia Allah Swt" . maka biarlah dia menjadi rahsia Allah . cepat atau lambat kita psti tau siapa jodoh kita . bukan ? 





berikan aku waktu
berikan aku ruang 
mencari hidup ku
aku keliru
aku buntu
memikirkan hala tuju 

jangan gundah kekasih
percaya pada aku
jikau kau jodoh ku
hati ini aku serahkan pada kau
jika bukan aku jodoh kau
maka aku harap 
mucul lah gadis yang sempurna buat kau 

jauh dilubuk hati
tidak tertahan rindu ini
tidak terluah dek kata
merindui bayangan mu
itu sahaja yang aku mampu


Erins 





Saturday, January 14, 2012

Mengapa

mengapa ia sekejam ini
mengapa ia tidak adil begini
mengapa ia sangat menyakit kan 
mengapa ia sebegini rupa 

aku menghadapi ia dengan penuh kesakitan
dengan penuh kehinaan
dengan penuh cacian
dengan penuh tidak kepercayaan
mengapa sekejam ini 

sakit kau rasa sakit juga aku merasa
pedih kau rasa pedih juga aku rasa
tetapi
bukan kan setiap manusia dibagi kesempatan kedua
terlalu banyak yang perlu kau pelajari 
untuk mengenal diri ini

bila di tanya pada hati
ia penuh kekeliruan
ia penuh dengan tanda tanya
apa kah ini cinta
atau ia nya sekadar mengisi ruang kosong
keliru 
dan aku terus keliru

hati ini diri ini jiwa ini
selalu meminta
agar kau ditemukan dengan wanita yang lebih layak untuk kau
supaya tidak lah bermaharaja dendam kau
supaya kau lebih bahagia
kerana jauh nya layak aku untuk kau sebenarnya .
dan semoga ia dimakbul kan .



Erins




Friday, January 13, 2012

kenangan indah 2011 - dabung


Salam .
tadi aku bukak facebook . and tetiba tertengok gamba trip pergi dabung .
okay starting tu dapat idea nk update blog . so aku da niat nak share moment 2011
even da berlalu . aku akan share . 
semua orang tak kan pernah lupa kan kenangan kan ? 
so aku akan share segala kenangan yang aku anggap terindah sepanjang 2011 kat blog ni .
cerita pertama adalah :

kenangan di Dabung 





ini la team yg pergi trip ke Dabung .
ikutkan ramai yang nak ikut limit kan aroud 30 orang .
mereka sangat best .


ni suasana dalam kereta api . pergi balik naik kereta api . and sangat best okay kawan-2 .
nanyi tak sudah-2 . haha .


daki gunung stong . eh kenapa terasa omel angat kat sini . haha . perasan .




pengalaman naik lori . ohmaigaddd . seronok tak terkira and aku jakun . SANGAT ! haha . 


Korang tau kenapa aku tak duduk camtu . sejuk gila okayyy . so diri sambil mengata : pehal la budak-2 ni beria sangat . haha . gurau . peace :)


depan pintu masuk air terjun dabung 


masa ni malam last . kata orang malam kebudayaan . tak berapa nk kebudayaan . masa ni tengah nnyi
lagu apa ntah . so kitaorang pegang tangan sama-2 . time tu nak nangis pun ada . tp aku cover .
sebab mereka dua akan tinggal kan aku . dan ia berlaku skrg . sedih sangat .
Saleha Airene kerja rajin-2 okay :)


last day . nak balik and ambik sijil masing-2 . orang suruh pakai baju merah . aku degil nak jugak pakai jaket tu . haha . Erin mmg camtu ;p


  • dekat dabung ni orang kat sana baik sangat .saya tak makan ikan keli patin tapi mereka masak kan saya sayur and telur . hehe
  • saya tak makan nasik kerabu . mereka beli kan saya mee goreng . baik kan .
  • maaf lah . saya tak makan benda pelik-2 . hehe .
  • ini lah kenangan terindah 2011 . kegembiraan yang tak pernah siapa akan rasa .
okayy . Byee
 :)