kekasih

Tuesday, January 31, 2012

Future Husband please alert !

hello my future husband .

tolong alert apa yang aku nak bgtau ni . kalau nak jadi suami aku tolong se-manis zahiril ni okay .
hahaha . harini aku nak cerita pasal puisi si zahiril bagi dekat wife dia shera masa dorang kawin haritu . tak kisah lah ni cerita dah lama ke tak . aku tetap nak share sbb nak bagi alert kt bakal suami nanti . hehe .




Foto Pra Perkahwinan Zahiril Adzim & Shera Aiyob


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.



        ___________________________________________________________________


omaigadd sweet kan ? *pengsan bangun semula . hahaha . aku suka gila lelaki camni . yang bagi gf/wife dia puisi atau nyanyi kan lagu / mainkan gitar . ehh siapa lelaki kat luar camni . mesti aku da jatuh cinta . and jom kita kahwin . haha . 

so bakal suami ni ada pesanan sikit : 


kalau awak nak jadi suami kita satu hari nanti 
awak mesti manis and semanis gula gula 
dan 
tolong lah jadi macam zahiril ni . dia sangat sweet tau . haha .
kalau susah sangat pun nyanyi kan kita lagu pun takpe .
kita suka lelaki pandai nyanyi ni . hahaha .
sebab nanti merajuk kalau awak nynyi untuk kita 
sure kita tak merajuk da terus senyum. hihihi .


kalau bakal suami tanak baca kan puisi depan-2 kita pun kita okay
janji dia tulis puisi tu then bagi kita baca
and buat kita tersenyum cam orang gila
and buat kita terharu setengah mati . 
hahaha over gila .

okay stop berangan .


bye 




P/s : Tolong lah erin jangan nak berangan setinggi langit okay . hahahaha .




2 comments:

ZARUL SHAZIDEE said...

sy yang ke 100 follower blog kamuuu

Erins said...

omaigaddd thanks you :')