kekasih

Monday, January 16, 2012

cerita cinta aku .

Apa itu cinta ? semua orang mesti pernah bercinta . sama ada tengah bercinta baru lepas putus cinta atau pun baru nak bercinta . cinta suatu perasaan yang tak mampu nak diluah kan oleh kata kata . ia indah bila mereka yang bercinta tahu menghargai . ia jadi tidak indah bila mereka tidak tahu menghargai .

tak tahu kenapa malam ni tetiba aku nak bercerita tentang cinta . kadang kadang kita sendiri di buta kan oleh cinta . sebab itu orang selalu cakap cinta itu buta . kerana ia buta lah no wonder ada yang bercinta sesama jenis ada yang bercinta dengan wife/husband orang and no wonder lah ada yang sanggup mendua kan cinta nya . semua sebab apa ? sebab cinta itu buta . manusia tak nampak erti sebenar cinta itu . tapi kadang-kadang kita tak boleh nak salah kan mereka yang buta kerana cinta . sebab kita takde kat tempat dorang . kita tak rasa bagaimana perasaan dorang . kan ?

aku sendiri pernah bercinta . cinta masa zaman sekolah sangat seronok . dan cinta itu bertahan 4 tahun . 4 tahun lama bukan ? akhirnya ia terkubur begitu saja . aku tak salah kan takdir . cuma aku percaya pada jodoh . kalau  takde jodoh tu . berapa tahun pun kita couple kalau jodoh tu tiada . tiada lah dia . lagi satu kes , bila kita sudah ada pasangan . putus sambung putus sambung . aku rasa macam da adat dalam bercinta ." harini si A putus dengan si B . esok lusa eh couple balik ."  tipu lah kalau aku tak pernah alami semua tu .aku pernah dengar ayat ni : kalau kita tinggal kan dia dan dia kembali kepada kita balik . dia lah jodoh kita .
hm , boleh percaya ke ? aku kurang percaya . sebab aku pernah alami dan ternyata . dia bukan jodoh aku .

bercinta di zaman kolej adalah sangat terindah pernah aku alami . mengenali seorang lelaki yang aku cuma kenal seminggu dua . bila dia mahu kan aku untuk menjadi kekasih hati nya . aku terus mengatakan YA .
aku taktau di mana datang kekuatan untuk mengata kan YA . satu je jawapan aku pada dia masa tu "bukan diri saya yang menerima awak , tetapi hati saya . saya taktau kenapa . " lebih kurang begitu .
sepanjang hidup aku , dia lah lelaki yang aku rasa kan sangat baik . sangat sempurna buat aku yang sangat banyak kekurangan . pahit manis kami lalui bersama . dan aku hutang nyawa dengan dia . 2 kali aku hampir lemas dan 2 kali dia lah selamat kan aku even time tu kaki dia kejang. dalam hati terus terdetik . "subhannallah berharga nya nyawa ku dari kesakitan yang kau sedang rasa " .
sebaik baik lelaki itu aku menyakiti nya . dan dia terima kesalahan aku dengan tabah . dan bersabar dengan setiap perilaku ku . hati apa kau miliki wahai kekasih . melayan karenah aku dengan sabar melayan kekasaran dengan tabah . melontar kata tanpa aku fikir perasaan nya . kejam nya aku . tetapi diri ini sekarang perlu kan ruang . maaf kekasih .


 susah kita nak tafsir tentang jodoh ni . bukan kah "jodoh itu rahsia Allah Swt" . maka biarlah dia menjadi rahsia Allah . cepat atau lambat kita psti tau siapa jodoh kita . bukan ? 





berikan aku waktu
berikan aku ruang 
mencari hidup ku
aku keliru
aku buntu
memikirkan hala tuju 

jangan gundah kekasih
percaya pada aku
jikau kau jodoh ku
hati ini aku serahkan pada kau
jika bukan aku jodoh kau
maka aku harap 
mucul lah gadis yang sempurna buat kau 

jauh dilubuk hati
tidak tertahan rindu ini
tidak terluah dek kata
merindui bayangan mu
itu sahaja yang aku mampu


Erins 





No comments: