kekasih

Monday, June 18, 2012

Terindu Terasa

Assalamualaikum

harini taktau kenapa rasa down gila . dari mula aku celik mata ni sampai aku tak boleh nak tidur . sejujurnya aku sangat bosan . seharian kat rumah . terasa macam nak bunuh diri pun ada jugak  . ohh im always forever alone :'(




kadang-kadang terasa mahu sangat kembali ke masa lepas . hidup tanpa fikir akan kerja kerja dan kerja . bangun pergi class . lepak dengan kawan-kawan . susah senang dengan kawan-kawan . sumpah aku rindu saat tu . kenapa aku rasa life aku sekarang tak happy eh . kawan-kawan kat sini semua nya busy . dengan kerja masing-masing . yesss aku faham sangat . aku pun busy . tapi ntahlah . aku teringin sangat nak kembali masa lepas . kalau bosan keluar lepak . zaman belajar memang seronok kan . sungguh aku rindu . aku rindu nak gelak dengan roomates aku rindu nak bertekak dengan ex classmate aku .


pernah sekali aku down gila kat bilik . tetiba datang gila roomate aku masuk bilik . semua pakai baju tidur . sorang pakai helmet sambil pegang botol . dua orang pegang gitar . nnyi untuk aku . baik-2 tak happy terus happy . then aku suruh dorang balik bilik masing-masing. dorang pergi then datang balik dengan lagu baru dengan lawak baru. tak putus-2 nak buat aku happy. sekarang ? kalau aku tak happy kalau aku tak sedih siapa nak happykan aku ? happy kan diri sendiri lah jawab nya kan. sedihnyaaa .
kalau tension sangat. kalau bosan sangat. kitaorang akan pergi pantai. tengok laut and memasing akan luahkan perasaan masing-masing. sungguh ia sangat menyedihkan dan mengharukan.


bukan aku tak happy duduk dengan family duduk dekat dengan kekasih hati . but macam ada something yang kurang dalam hidup aku ni . susah nak cakap . but  perlahan-perlahan dia cuba membunuh aku kat sini . seriously i need my past . pretty pleaseee .


di saat aku melakukan kesalahan yang terbesar dalam hidup aku . bukan aku tidak mendengar kata mereka . tetapi aku degil mendengar kata hati sendiri . dan akhirnya aku kecundang . mungkin mulanya bahagia . akhirnya aku sendiri rasa terseksa . tapi akhirnya walaupun mereka tau aku yang salah . mereka tetap berada di sisi aku menasihat dan terus menyokong aku . ini lah sahabat aku dunia akhirat .


ajar aku bagaimana untuk aku lupakan mereka disaat ini . 
ajar kan aku bagaimana belajar untuk tersenyum tanpa di bantu mereka ini . 
ajar kan aku juga bagaimana untuk berdikari tanpa mereka 
ajar aku bagaimana untuk mencari pganti seperti mereka ini 
yang kenal siapa aku yang sebenar
tolong 
adakah yang mampu ?
aku minta sangat tolong 






aku tahan air mata untuk terus mengalir 
tapi aku gagal 
ia tetap mahu mengalir 
ia mewakili bagaimana hati ini terguris 
apakah aku sudah tersilap langkah
mahu menyesal sudah terlambat
aku terima dengan redha 
ia pilihan hati 

kau mahu difahami
tapi kemahuan aku sukar untuk kau fahami
ia indah pada permulaan 
ia semakin perit untuk dihitung 
terguris dan terus terguris

buatlah aku bahagia 
sebagaimana kau mahu aku bahagia kan kau
aku lemah 
aku jatuh
semakin hari dengan kau

mohon aku terus diberi kesabaran 
untuk mencintai 
niat aku belum terlaksana 
aku masih merangkak mencari kebahagiaan 

pergi lah jauh 
mati kan hati ini
jika bukan ini kisah kita
aku bukan mahu sebegini jalan nya
cerita kita 
jauh beza 
seperti langit dan bumi
seringkali aku menafikan 

karma 
aku sakit dihentam kau 
terima kasih


Erin


No comments: