kekasih

Monday, May 6, 2013

Lubuk hati

marah?
tidak

benci?
tidak

kecewa?
Ya


bukan niat aku untuk mengecewakan kau
bukan juga niat aku untuk mencipta jarak
tapi aku sekadar ingin tau
tapi aku dituduh.
bukan sekali. tapi berkali. dan berulang kali
dan kali ini aku terlalu kecewa

aku pergi bukan kerana marah bukan juga kerana benci
aku pergi kerana aku tau. kau mampu tanpa aku
jauh di sudut hati aku rindu
sumpah. sungguh aku rindu

akan aku rindu senyum manis kau
akan aku rindu nyanyian bersama kau
akan aku rindu bebelan kau
akan aku rindu gelak tawa kau
akan aku rindu cara memuji kau

sedikit pun tidak aku benci kau
mungkin kita punya kimia yang sama
dan mungkin kita lupa
kita kadang kala tiada persefahaman

aku mungkin keras hati keras kepala
tapi aku rasa kau tau aku terlalu manja
jangan di abai kan aku
jangan di lupa kan aku biarpun sesaat

cari la kebahagian yang kau mahukan
cari la seseorang yang jauh lebih sempurna
aku pergi undur diri
meski pun sakit
aku terpaksa. hati ini sudah terlalu lama kecewa

jaga diri
aku doa dr jauh
aku lihat dari jauh
walaupun bukan aku di sisi kau
aku bersyukur kenal kau

aku pinjam raut wajah kau
aku pinjam kenangan kita




Erin

No comments: