kekasih

Saturday, June 8, 2013

Hati

sudah lah wahai hati
sampai bila mahu meratap?
sampai bila mahu begini
cuba kuat. cuba bangun.
kau perlu kuat

kau mengenang
atas pilihan kau
aku yakin keputusan kau ada hikmah nya
jika tidak baik pada kau
mungkin baik pada dia

bercakap, menjelaskan sampai berbuih mulut
jika tiada yang mahu memahami. mahu mendengar
tiada guna

sudah lah wahai hati
belajar lah redha
belajar lah terima hakikat
pasti ada hikmah suatu hari nanti

peduli pada yang mengata
peduli pada yang menuduh
mungkin kau hati seorang perempuan
yang sukar untuk difahami
bangkit lah
mungkin satu hari dia akan memahami

simpan saja rindu kemas kemas
simpan saja segala kenangan rapi rapi
Doakan dia bahagia dan berubah
Dia pasti berubah suatu hari nanti
Kita doa dari jauh ye hati

Erin

No comments: