kekasih

Saturday, June 2, 2012

yang tersimpan

Assalaimmualaikum <3

sesungguhnya aku bersyukur sangat Tuhan masih berikan ku kesempatan untuk bernafas dan bagi aku peluang demi peluang untuk aku memperbaiki diri. namun aku cuma manusia biasa yang punya perasaan . yang kadang kala semakin bosan ditimpa dugaan bertubi-tubi . jujur aku cakap . baru 6bulan tahun 2012 ini aku da cukup mengatakan tahun ni dugaan hidup aku sangat tidak mampu aku tempuhi. aku cuma berbekalkan kesabaran untuk meneruskan hidup ni.

aku tau orang diluar sana sibuk memperkatakan aku. bukan sahaja orang terdekat. malah yang jauh nun jauh disana juga  . aku tau mereka menindas aku. aku tau mereka memburukan aku. tetapi mereka tidak pernah memikirkan berada ditempat aku.. yang terpenting dalam hidup aku adalah orang yang aku sayang. dia segalanya bagi aku. yaa aku jatuh cinta. jatuh cinta pada sahabat baik aku sendiri. aku salah ke?

 maaf jika aku salah. tp aku tidak dapat menipu diri aku sendiri untuk jatuh cinta. meskipun dia datang sekejap atau sekadar singgah kedalam hati aku atau datangnya hanya Tuhan kirimkan untuk aku lebih belajar menghargai. aku terima semuanya. yang sakitkan aku . yang peritnya aku. bukan kau kan? maka berhentilah mengata aku. jika kali ini bukan jodoh . biarlah dia pergi . aku terima .

aku jarang bercerita masalah pada orang. dan orang yang aku akan berkongsi masalah ialah kawan baik aku nun jauh dikuala lumpur. dia lah ajar aku bersabar. syukur aku masih mampu tersenyum.
aku juga lebih banyak berdiam diri. dan kerana aku banyak berdiam diri. maka rancak kau semua menghentam aku. mengherdik aku. sudahlah. kau takde kt tempat aku. stop it. uruskan diri kau sendiri.

aku tau karma sedang menghentam aku. yes aku tau sangat. tp aku mohon. tolonglah cukup sampai sini kau uji aku. berat hati ini menanggung semuanya. tidak mampu rasanya aku pikul beban ni.
aku mahu membina hidup baru. aku mahu bahagia. aku mahu hidup dengan tenang. mohon sangat mohon.


kau mampu membaca dan kasihani aku. tapi kau tidak mampu rasa apa aku rasa.




maafkan aku jika aku pernah menyakitkan hati kalian.


Erins

No comments: