kekasih

Saturday, May 19, 2012

#Dia uji aku

Assalammualaikum 

kalau aku sedih . aku akan carik blog aku . bukan untuk mengadu nasib .
tapi dengan menaip aku rasa lega .
dalam masa sehari aku menerima berita buruk . dari pagi sampai ke petang . ia timpa tanpa aku bersedia tanpa aku sangka . subhanallah . air mata ini bertakung tanpa diduga . tunggu masa untuk jatuh . 
sedih sangat sedih . 

Tuhan 
aku lemah terima semua ini 
tapi aku tau kau menguji aku 
tapi mengapa sebegini ujian nya 
dan mengapa sesakit ini
ya mungkin ini karma
atas apa yang aku pernah aku lakukan
aku redha . sangat redha 


mohon diri ini tabah 
mohon juga diri ini mampu tersenyum 
dunia sungguh besar jalan hidup kau 
bantu aku agar tidak sesat 
aku tak kuat menghadapi seorang diri


terus tersenyum
terus belagak bahagia
tapi sesungguh nya 
aku menangis dalam tangisan 


karma 
ckup lah kau datang menduga aku 
aku rasa sudah balasan nya
mohon izin kan aku bahagia 


Sunday, May 13, 2012

Aku tersentuh





harini 13hb . teringat aku pada perjalanan kita seminggu lepas .
 kau menemani aku . indah sangat indah perjalanan kita . 

hati aku tersentuh dengan tingkah dan laku kau .
 menjaga aku dengan baik nya .
mempersiapkan semua nya untuk aku dan berkorban apa saja untuk aku .
tidak mau kau melihat aku kesusahan .
tetapi kau sanggup susah demi aku . cinta ,  tersenyum aku melihat tingkah kau .
 ia sungguh indah untuk dikhabarkan . 

pegangan tangan kau seakan tidak mahu lepas .
jika terlerai . kau menghulur untuk meminta . 
cinta , mengapa kau buat aku semakin jatuh cinta :)

cemburu kau membuktikan sayang kau 
marah kau mencerminkan kasih 
rindu kau membuat aku hilang pertimbangan 
haih . kau buat aku gila kan kau . 

kau melayan aku umpama aku seorang puteri .
alangkah indah nya perasaan ini .
Tuhan , terima kasih atas kebahagiaan ini .
meskipun ini sebentar atau tidak . aku sangat menghargai nya . 


cinta



terima kasih atas semua nya . 
kau cuba berubah untuk mendapatkan aku .
kau cuba berubah untuk aku
dan untuk masa hadapan kita .
aku sangat menghargai nya . 

tidak kisah apa pandangan mereka terhadap kau 
mereka tidak tahu
kau punya kebaikan yang cuma aku yang rasa cuma aku yang tau 
kau masih ada peluang dan masa untuk berubah 
aku tunggu kau cinta 

terima kasih 
menjaga aku dengan baik nya 
terima kasih memberi kasih dan sayang untuk aku 
kau sangat indah kekasih 
mahu rasa nya aku bilang satu dunia 

semoga perjalanan kisah kita berakhir dengan bahagia 
Insyallah :)




Thursday, April 12, 2012

#harini dan semalam

Assalammualaikum 

harini
aku tersentap . tersentap dengan tingkah da perilaku kau . tersentap jua dengan tindakkan kau . ini kah kau yang sebenar . tidak terlalu terkejut . cuma aku mengharap kau berubah . tapi masih tidak . 
aku tau kau menyayangi aku . tapi bukan ini jalan dan cara nya . aku perempuan yang luaran mungkin nampak sombong dan kasar . tapi dalaman aku sangat sensitif . air mata mudah mengalir tanpa sebab tanpa di sedari . 
kenapa kau sebegitu . harini juga masa silam aku kembali . untuk apa kau risau kan . hati aku cuma punya kau . jangan kau sangsi tentang masa silam aku . ia cuma kenangan ia cuma pengalaman .
aku cuma mahu bersahabat kerana berdosa memutuskan satu silaturahim .
jika di beri peluang . aku juga mahu berbaik dengan masa silam kau . banyak yang ingin aku perkata kan .
semoga satu hari nanti lembut hati dia untuk aku .
berubah la . bantu lah aku dan bimbing lah aku . aku perlukan kau . jangan di layan aku sebegini .
jangan diherdik aku sebegini 
ringkas sahaja . bilang pada aku jika kau tersedar aku bukan jodoh kau
bilang juga pada aku jika kau sudah berjumpa dengan yang terbaik
akan aku pergi jauh .
hati ini bukan untuk dipermainkan

 


Semalam 
kita berborak di talian berjam . 
aku diam terkedu mendengar luahan hati kau . seberapa penting aku dalam hidup kau .
sungguh aku terharu .
makan hati sakit hati terasa hati 
mainan perasaan yang selalu datang dalam hidup aku
dan aku lebih senang berdiam .
kau memaksa untuk aku luahkan . aku masih diam
rasa sakit rasa perit aku biasa simpan sendiri 
aku jatuh cinta pada kata-2 kau semalam 
kau buat aku tersenyum walaupun saat itu kau sedang memarahi aku
disitu sebenarnya buat aku nampak kau sayang aku 
maaf 
banyak perlu aku pelajari untuk kenali kau


harini dan semalam 
punya cerita yang berbeza 
harap esok punya cerita yang datang dengan harapan baru




Selamat Malam